Friday, October 24, 2008

Harapan Warga Malaysia




Tiap hari kita di sogokkan dengan berita dari media masa sama ada media cetak atau media elektronik berbagai bagai isu ketegangan kaum, saya tidak tahu sama ada pekara itu benar atau sebaliknya, pada saya akibat terlalu taksub dan pecaturan politik sesuatu pihak maka isu ini muncul dan amat mebimbangkan kita, tetapi hakikatnya kita masih bersama dan bersatu antara kaum, tidak kira melayu, cina , india, sikh , iban, kadazan, murut, melanau, bajau, jawa, bugis dan apa jua kaum di bumi tercinta ini , kita masih lagi boleh hidup bersama seperti dahulu, kepada ahli politik , badan ngo dan perwakilan sesuatu kaum tolong jangan menjadi jaguh sorak atau menjadi hero , jangan kerana kelantangan dan kepentingan seseorang kami rakyat malaysia perlu membayar harga yang tinggi.  jangan rosakkan perpaduan rakyat kita, bumi yang kita pijak ini, tetap menjadi hak setiap warga Malaysia. 

No comments: